Natron
Natron adalah campuran natrium karbonat dekahidrat (Na2CO3·10H2O, sejenis abu soda) sebati dengan sekitar 17% natrium bikarbonat (NaHCO3 atau "soda penaik") serta sejumlah kecil natrium klorida dan natrium sulfat; malah bahan ini merupakan punca utama unsur natrium yang dikehendaki pada zaman dahulu[1] lalu dinamakan sepunca dengan sebatian ini.[2]
Bentuk tulennya putih hingga tidak berwarna manakala jenis-jenis yang berbendasing menjadi tampak kekelabuan atau kekuningan. Sebatian ini kadangkala dijumpai di dasar tasik masin yang muncul di persekitaran gersang.
Kegunaan
[sunting | sunting sumber]Bahan ini sangat diperlukan dalam tamadun Mesir purba di mana masyarakat sana pernah menggunakan ia sebagai bahan pembersih seakan sabun setelah dicampur dengan minyak, malah ia dipakaikan seumpama ubat gigi serta campuran antiseptik untuk merawat luka. Ia digunakan sebagai bahan awet makanan dan pemutih pakaian. Ia juga dikenali dalam upacara pemumiaan kerana sifat menyerap air serta meningkatkan pH alkali membasmi bakteria setelah terdedah unsur karbonat kepada air.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Shortland, Andrew; Schachner, Lukas; Freestone, Ian; Tite, Michael (2006). "Natron as a flux in the early vitreous materials industry: sources, beginnings and reasons for decline". Journal of Archaeological Science. 33 (4): 521–530. doi:10.1016/j.jas.2005.09.011.
- ^ Newton, David E. (1999). Baker, Lawrence W. (penyunting). Chemical Elements. U·X·L. m/s. 542. ISBN 978-0-7876-2847-5. OCLC 39778687.